Kuliah subuh di Surau Al Mizan Putrajaya pagi ini, YBhg Ustaz Harme membahaskan sebuah hadis daripada Sunan Abi Dawud yang diriwayatkan oleh Ubadah bin Somit ra berkaitan solat pada awal waktu.
Saya jumpa hadis yang lebih kurang sama, pesanan Nabi saw kepada Abu Zarr ra, daripada Sahih Muslim:
أخرج مسلم في صحيحه (648) عن أبي ذر رضي الله عنه قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( كيف أنت إذا كانت عليك أمراء يؤخرون الصلاة عن وقتها ؟ - أو - يميتون الصلاة عن وقتها؟ )
قال: قلت : فما تأمرني؟
قال : ( صل الصلاة لوقتها ، فإن أدركتها معهم ، فصل ، فإنها لك نافلة )
Daripada Abi Zarr ra berkata. Rasulullah saw bersabda kepadaku: Bagaimana keadaan kamu (apa yg akan engkau lakukan) jika pada masamu nanti ada pemimpin (dibaca ketua, pengerusi mesyuarat, event manager dll) yang melewatkan solat daripada waktunya? - atau mematikan solat pada waktunya (tidak solat pd awal waktu)? -
Aku bertanya : apa yang engkau perintahkan aku wahai Rasulullah saw?
Baginda saw bersabda: Solatlah pada awal waktu. Jika selepas itu engkau dapat bersolat jemaah (sekali lagi solat) bersama mereka maka lakukanlah. Solatmu (yg kedua itu) akan dikira sebagai sunat.
Hadis riwayat Muslim