Wednesday, December 09, 2015

Jaga pelanggan



Tiga minggu lepas isteri saya membeli sebuah periuk nasi gas yang besar. Dia dapat tempahan memasak dalam kuantiti yang agak besar. 

Bila ingin menggunakan periuk tersebut pada keesokan harinya, isteri saya mendapati apinya tidak besar (...rosak). Nak ditukar tak berkesempatan sebab projek memasak sudah bermula. Saya pula belerja di luar kawasan. 

Maka tersimpanlah periuk berkenaan jadi gajah putih sementara di rumah. 

Minggu ini, setelah hampir 3 minggu, barulah kami dapat meluangkan masa untuk pergi ke kedai itu semula. Tujuan: tukarkan periuk yang rosak. 

Di dalam hati saya ada sedikit kegusaran. Tempoh masa belian sudah begitu lama. Adakah masih boleh ditukar. Saya ingatkan isteri saya supaya tidak lupa bawa resit pembelian. 

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Resit pun tak ditengoknya. Bila isteri saya ceritakan masalah periuk itu, ekerja kedai tersebut terus menuju ke kereta kami lalu mengeluarkan penunu periuk. Beliau menyambung penunu kepada tong gas di dalam kedai. 

Apabila beliau mendapati penunu periuk itu benar-benar tidak berfungis, dengan segera beliau memanggil seorang lagi pekerja untuk mengambil penunu yang baharu sebagai ganti. 

Cepat. Tak banyak tanya. Tak bagi alasan. 

Inilah contoh perkhidmatan pelanggan yang hebat. Adakah kami akan terus membeli di kedai ini? Pasti. Adakah kami akan mencadangkan kedai ini kepada rakan-rakan. Sudah tentu.