Thursday, December 24, 2015

Fiqh solat jemaah





Berlaku peristiwa. Saya solat zohor belakang imam. Seorang lagi makmum ada sebelah saya. Kami bertiga. 

Pada rakaat keempat, imam bangun. Makmum sebelah saya sedar. Lalu dia sebut 'subhanallah'. Saya juga sedar dan sebut lafaz yang sama. Untuk bagi isyarat kepada imam akan kesilapannya. 

Namun imam terus bangun. 

Saya dan makmum sebelah terus kekal dalam tahiyat akhir. 

Imam baca fatihah dan rujuk dan sujud dan tahiyyat dan sujud sahwi. 

Saya dan maknum sebelah kekal dalam tahiyat akhir. 

Bila imam salam, kami dalam bersamanya. 

Saya tak pasti (malah lebih tepat lagi; tak tahu), apakah betul cara itu. Malah selepas itu saya solat semula sendiri. 

Petang itu, saya berpeluang bertanya kepada us salahuddin, pakar rujuk kami di BPI. 

Beliau maklumkan apa yang kami berdua buat itu betul. Iaitu tunggu imam sehingga selesai sujud sahwi dan salam bersamanya. Tak payah ikut sujud sahwipun. 

Cara kedua adalah lepas sebut subhannallah dan imam tak ikut, makmum terus mufaraqah. 

Dengab kata lain, makmum mesti ikut imam. Tapi bila imam silap, dah kita makmum yakin imam silap, kenalah tegur. Kalau imam terus buat salah, makmum tak boleh ikut imam buat salah. Maka tindakannya sama ada tunggu imam betulkan balik perbuatannya ataupun mufaraqah. 

Dalam halansaya tadi, solat saya betul. Dan tak perlu ulang solat.   Tapi katakanlah saya tegur, tapi imam teruskan juga, lalu saya bangun ikut beliau, maka solat saya batal sebab saya dah tambah rukun solat. 

Terima kasih us salahuddin.