Seorang lelaki arab menceritakan, "Aku telah menghimpit Rasulullah SAW sewaktu perang Hunain.
Pada ketika itu aku memakai sepatu yang tebal/keras, lalu aku terpijak kaki Baginda SAW.
Rasulullah SAW lantas menyebatku dengan tongkat di tangannya sambil bersabda, "Dengan nama Allah, engkau telah menyakitiku".
"Maka pada malam itu aku tidur sambil menyesali diriku kerana aku telah menyakiti Rasulullah SAW. Hanya allah sahaja yg tahu bagaimana Aku menghabiskan malam itu".
"Pada keesokan paginya aku mendengar seseorang menyeru,"mana sifulan?"
Aku berkata pada diriku, "Demi Allah! Ini tentu ada kaitan dengan peristiwa semalam"
Aku berkata, "Maka akupun menuju kepada Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan.
Rasulullah SAW bersabda, "Engkau telah memijak kakiku semalam dengan kasutmu lalu menyakitiku, lalu akupun memukulmu dengan tongkatku. Maka ambillah 80 ekor kambing ini atas kejadian itu"
Hadis riwayat Ad-Daarimiy dan dikategorikan oleh Al-Albaaniy