Maka timbul dilema, mesyuarat yang mana satu perlu beliau sendiri hadir, dan yang mana satu cukup untuk wakilnya sahaja yang hadir.
Biasanya pemilihan ini berdasarkan siapakah pemimpin yang lebih besar (vvip) yang akan hadir sama dalam acara berkenaan. Sebagai contoh, pengarah akan hadir ke acara yang dirasmikan oleh ketua pengarah.
Kebiasaan itu mungkin kita boleh kaji semula. Apa kata jika kehadiran ini kita dasarkan kepada 2 soalan ini;
1) apakah isu yang boleh diselesaikan sekiranya kita hadir; dan
2) apakah maklumat/kemahiran/ sikap baharu yang ingin kita sampaikan atau terapkan dalam pertemuan tersebut.
Kita boleh susun acara-acara ini mengikut senarai keutaamaan berdasarkan magnitud isu yang dapat diselesaikan ataupun tahap kepentingan perkara yang hendak disampaikan.
Soalan:
Apakah isu yang dapat diselesaikan atau idea yang hendak disampaikan semasa seorang pengarah mengiringi ketua pengarahnya?
Atau ada acara lain yang boleh pengarah tersebut hadir yang memberi impak yang lebih besar pada isu atau idea baharu berkenaan?