Saturday, November 28, 2015

Sukan baharu: memanah tradisional



Pada 24-26 November 2015, saya berpeluang mengambil bahagian dalam acara memanah tradisional sempena karnival sukan guru pendidikan islam kebangsaan di ipg kampus tun hussein onn batu pahat. 

Inilah kali pertama menyertai sukan memanah tradisional ini. Teruja. 

Acaranya berbeza berbanding kejohanan memanah biasa. Ada acara memanah pantas (dalam masa 20 saat 6 anak panah dilepaskan - saya dapat 3 sahaja), jarak 20 dan 30 meter, sasaran bergerak dan simulasi uhud (memanah 3 sasaran pelbagai jarak dari atas bukit/tempat tinggi). 

Peralatannya juga berbeza. Pasukan BPI belum ada set tradisional. Namun memandangkan acara ini pertama kali diperkenalkan, penganjur membenarkan peralatan recurve digunakan, dengan syarat hanya 'bare bow'. Dengan kata lain, 'busur togel'. 

Seronok. Ilmu baharu. Pengalaman baharu. Rakan baharu. Alhamdulillah. 

Thursday, November 26, 2015

Memanah sukan sunnah?




Saya cuba semak kesahihan dalil memanah sebagai sukan sunnah yang biasa dibacakan. 

علموا أولادكم الرماية والسباحة وركب الخيل

"Ajarkan anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda"

Rupa-rupanya bukan hadis rasulullah SAW. 

Yang hampir mungkin adalah kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab. Itupun perlu  semakan lanjut. 

Namun begitu, ada hadis sahih lain yang menyokong ku'sunnah'an memanah. 

وقد ورد الأمر بتعلم الرمي في حديث صحيح رواه البخاري عن سلمه بن الأكوع رضي الله عنه قال: مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ارموا بني إسماعيل، فإن أباكم كان رامياً

Daripada Salamah bin Al-Akwa' ra berkata: Bahawa Nabi saw melalui sekumpulan daripada Aslam sedang berlatih memanah. Nabi saw bersabda kepada mereka, "Panahlah wahai anak cucu Ismail (as), sesungguhnya moyang kamu adalah seorang pemanah". 

Hadis diriwayatkan oleh AlBukhari

Tuesday, November 24, 2015

Doa junior sekolah

Dari kiri: us lotfi (pengetua smkasas), us saifuddin (jpn perak), saya, us radzi (alumni smkasas-jpn perak)


Hari ini saya ke ipgk tun hussein onn batu pahat. Berkampung tiga hari di sini untuk menyertai karnival sukan GPI. saya masuk acara memanah insyaallah. 

Semasa jamuan malam, saya terserempak dengan junior saya di smkasas. Radzi namanya. Batch 7. Sekarang bertugas di jpn perak. 

Doa beliau, "moga impian untuk melihat alumni pertama menjadi pengetua smkasas dimakbulkan".

Saya hanya mampu mengaminkan doa beliau...

Siapa boleh batalkan?

(Gambar hiasan)

Katakan...

1. Seorang pegawai diberi tugas membina sistem aplikasi tertentu di pejabat. Beliau berjaya menyiapkan sistem berkenaan dan dibentangkan kepada pihak pengurusan. 

2.,Pihak pengurusan meluluskan siatem tersebut dan satu pejabat diarahkan menggunakannya. Pegawai yang sama diarahkan menjadi penyelaras. 

3. Pada awalnya sistem tersebut digunakan. Namun setelah pertengahan  tahun, semakin kurang pegawai-pegawai  yang menggunakannya. Hampir di penghujung tahun, sistem tersebut tidak lagi ada yang guna. 

4. Pegawai penyelaras yang juga pembina sistem kecewa. Bukan mudah untuk beliau bina sistem tersebut. 

5. Beliau terus memberhentikan sistem berkenaan. 

Persoalan:
6. Adakah beliau patut buat demikian?

Jawapan:
7. Tak patut. Beliau ditugaskan bina dan jaga sistem. Sistem diluluskan oleh pengurusan. 

8. Yang boleh batalkan sistem adalah pihak pengurusan. Mereka yang luluskan maka mereka sahaja yang layak membatalkan. 






Monday, November 23, 2015

Dibalas dengan yang lebih baik






Kami sekeluarga yakin dengan janji Allah, bahawa lebih banyak kita memberi, Allah akan balas lebih daripada itu insya-Allah.


Ada ketikanya Allah berikan bukti langsung "cash". Semalam umpamanya.

Kami bekalkan Asma' pizza bersaiz besar untuk dia dan rakan-rakannya di asrama.

Malam itu, jiran kami datang dan berikan kami satu pizza bersaiz extra-besar.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!!

Saturday, November 21, 2015

Growth Mindset vs Fixed Mindset



Daripada buku Mindset: The New Psychology of Success karangan Carol S. Dweck, Ph.D.

1. Those with the growth mindset found success in doing their best, in learning and improving.
2. Those with the growth mindset found setbacks motivating. They're informative. They're wake-up call.
3. People with the growth mindset in sports (as in pre-med chemistry) took charge of the processes that bring success-and that maintain it.

Friday, November 20, 2015

Mahu hadir yang mana?

(Gambar hiasan)

Seorang pemimpin organisasi sememangnya perlu hadir dalam banyak mesyuarat/ acara dalam satu-satu masa.

Maka timbul dilema, mesyuarat yang mana satu perlu beliau sendiri hadir, dan yang mana satu cukup untuk wakilnya sahaja yang hadir. 

Biasanya pemilihan ini berdasarkan siapakah pemimpin yang lebih besar (vvip) yang akan hadir sama dalam acara berkenaan. Sebagai contoh, pengarah akan hadir ke acara yang dirasmikan oleh ketua pengarah. 

Kebiasaan itu mungkin kita boleh kaji semula. Apa kata jika kehadiran ini kita dasarkan kepada 2 soalan ini;

1) apakah isu yang boleh diselesaikan sekiranya kita hadir; dan
2) apakah maklumat/kemahiran/ sikap baharu yang ingin kita sampaikan atau terapkan dalam pertemuan tersebut. 

Kita boleh susun acara-acara ini mengikut senarai keutaamaan berdasarkan magnitud isu yang dapat diselesaikan ataupun tahap kepentingan perkara yang hendak disampaikan. 

Soalan:
Apakah isu yang dapat diselesaikan atau idea yang hendak disampaikan semasa seorang pengarah mengiringi ketua pengarahnya?

Atau ada acara lain yang boleh pengarah  tersebut hadir yang memberi impak yang lebih besar pada isu atau idea baharu berkenaan?


Thursday, November 19, 2015

Ubat lewat

(gambar hiasan)

Mesyuarat yang anda kendalikan sering tidak bermula tepat pada masanya kerana ahlinya lewat sampai.

Anda dah nasihat, tegur, sindir, pujuk, tulis memo ingatan mesra, suruh buat surat tunjuk sebab. 

Tapi masih lewat juga. 

Maka apa kata cuba kaedah yang kawan saya en fathul cadangkan ini. 

Mulakan mesyuarat anda dengan mukadimah ini,

"Mari sama-sama kita mulakan mesyuarat kita ini dengan membaca SURAH AL-'ASR"

Bagus idea ini. Sayapun teruja untuk mencuba. 

Wednesday, November 18, 2015

Rezeki anak



Selalu kita dengar ungkapan 'rezeki anak'. Maksudnya rezeki kita insyaallah akan tetap ada walaupun anak kita bertambah. Jangan takut jatuh fakir atau miskin apabila Allah beri rezeki anak kepada kita. Kena yakin.

Namun begitu, baru-baru ini 'rezeki anak' bukan ungkapan malah sebenarnya berlaku pada saya sekeluarga. 

Saya dan keluarga sedang makan di kedai. Kemudian datang seorang jiran yang kebetulan keluar minum. Beliau duduk bersama kami. 

Selesai makan, saya ke kaunter untuk bayar. Makanan kami dan minuman beliau. Jiran ini terus meluru ke kaunter, menghulurkan wangnya kepada juruwang sambil berkata, "Saya nak belanja Aisyah". 

Habis semua dibayarnya. 

Memang hari itu saya dapat berkongsi rezeki anak saya, Aisyah. 

Tuesday, November 17, 2015

Pegawai Khas


Antara tahun 2010 hingga 2012, saya berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada rektor IPGM pertama, Datuk (sekarang Tan Sri) Dr Haili bin Dolhan.

Bertugas sebagai pegawai khas memang mencabar. Nampak macam senang. Tapi hakikatnya sukar. Walau bagaimanapun pengalaman tersebut juga menyeronokkan. 

Yang paling saya hargai adalah kita dapat menyelami fikiran ketua kita. Dengan makna yang lebih luas, kita dapat belajar secara terus untuk berfikir seperti mana pemimpin atasan berfikir. 

Namun saya tetap ingat satu pesanan yang diberikan kepada saya pada awal-awal saya ditawarkan sebagai pegawai khas. Saya rangkumkan kepada tiga:

1) tugas utama saya adalah menjadi penghubung antara rektor dengan ipg (pengarah, penayarah, staf sokongan dan pelajar)

2) jangan jadi rektor nombor dua. Kita pula yang buat keputusan bagi pihak rektor. Orang nak jumpa rektor, kena jumpa kita dulu. Tak berapa nak sedar diri. 

3) jangan jadi kaki pukul rektor. Ada sikit tak kena, kita yang marah-marah. 

Rektor kurang layanan istimewa, kita marah pengarah ipg. Pengarah ipg tak tunggu di lapangan terbang, kita marah lagi. 

Kononnya kitalah orang yang paling prihatin terhadap bos kita. 

Masa post mortem benda ini kita 'highlight' sampai tak cukup permaidani pengarah ipg nak menyorok di bawahnya. 

Alhamdulillah saya dapat patuh kepada pesanan tersebut sehingga saya berpindah dan rektor bersara. 

Hingga kini hubungan saya dengan TS Dr Haili amat rapat, manakala hubungan saya dengan pegawai-pegawai ipgm, pengarah/timbalan/pensyarah IAB kekal harmoni. 

Nasihat saya kepada pegawai-pegawai khas yang baharu; SDA. - sama seperti di atas.






Monday, November 16, 2015

Bersangka baik



Dalam peristiwa hadisul ifki (fitnah terhadap saidatina aisyah ra), beberapa orang muslimin juga terjebak, terkesan dengan berita jahat yang dihamburkan oleh orang-orang munafiq. Namun Allah swt membersihkan mereka dengan dikenakan hukuman qazaf ke atas mereka. Manakala golongan munafiq yang terlibat tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Keluarga abu ayyub terselamat daripada fitnah ini, hasil daripada keyakinan dan sangka baik beliau terhadap orang mukmin, lebih-lebih lagi terhadap isteri nabi saw.

Apabila abu ayyub pulang kerumah suatu hari, ummu ayyub bertanya, "wahai abu ayyub, tidakkah engkau mendengar cerita tidak manis mengenai aisyah?"

Abu ayyub segera menjawab, "ya, saya ada mendengarnya. Sebenarnya semua itu adalah fitnah, dusta belaka."

"Jika aku bertanya kepadamu wahai ummu ayyub, jika engkau sendiri, adakah engkau tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut?", soal abu ayyub kepada isterinya.

"Ohh, sesekali aku tidak lakukan!", kata ummu ayyub.

Abu ayyub berkata, "demi Allah, saidatina aisyah jauh lebih baik daripadamu wahai ummu ayyub!"

Sunday, November 15, 2015

Pemurahnya Rasulullah SAW

Seorang lelaki arab menceritakan, "Aku telah menghimpit Rasulullah SAW sewaktu perang Hunain. 

Pada ketika itu aku memakai sepatu yang tebal/keras, lalu aku terpijak kaki Baginda SAW. 

Rasulullah SAW lantas menyebatku dengan tongkat di tangannya sambil bersabda, "Dengan nama Allah, engkau telah menyakitiku".

"Maka pada malam itu aku tidur sambil menyesali diriku kerana aku telah menyakiti Rasulullah SAW. Hanya allah sahaja yg tahu bagaimana Aku menghabiskan malam itu".

"Pada keesokan paginya aku mendengar seseorang menyeru,"mana sifulan?" 

Aku berkata pada diriku, "Demi Allah! Ini tentu ada kaitan dengan peristiwa semalam"

Aku berkata, "Maka akupun menuju kepada Rasulullah SAW dalam keadaan ketakutan. 

Rasulullah SAW bersabda,  "Engkau telah memijak kakiku semalam dengan kasutmu lalu menyakitiku, lalu akupun memukulmu dengan tongkatku. Maka ambillah 80 ekor kambing ini atas kejadian itu"

Hadis riwayat Ad-Daarimiy dan dikategorikan oleh Al-Albaaniy

Saturday, November 14, 2015

Mensucikan hati



YBhg Us Bakri Aziz berkuliah subuh di surau almizan pagi ini. Beliau menyampaikan 5 formula mensucikan hati yang dinyatakan oleh Syeikh Mustafa Bugha:

1) baca alquran dengan hati yang sedar
2) kosongkan perut
3) qiamullail
4) merintih kepada Allah waktu malam
5) bergaul dengan orang saleh
6) makan yang halal

Friday, November 13, 2015

Saudara Rasulullah SAW




Semasa melawat Pameran Rasulullah SAW bersebelahan dengan Masjid Nabawi di Madinah baru-baru ini, saya terkesima dengan hadis pertama yang terpambang indah menyambut tetamu yang hadir. 

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dengan sanad yang sahih. 

وقال الإمام أحمد في " مسنده " ( ج 10 ص 502 رقم 12517 ط دار الحديث ) : ثنا هاشم بن القاسم ، ثنا حسن ، عن ثابت ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم – :
" وددت أني لقيت إخواني " .
قال : فقال أصحاب النبي – صلى الله عليه وسلم – : أوليس نحن إخوانك ؟
قال : " أنتم أصحابي ، ولكن إخواني الذين آمنوا بي ولم يروني " .
( إسناده صحيح )


Sabda Rasulullah SAW: Aku ingin benar bertemu saudara maraku. 
Para Sahabat r.a bertanya, "bukankah kami ini saudara maramu wahai Rasulullah SAW?"
Jawab Baginda SAW, "Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Akan tetapi saudara maraku adalah mereka yang beriman denganku sedangkan mereka langsung tidak pernah melihatku".

Thursday, November 12, 2015

Jom amal surah al-ikhlas

عن معاذ بن أنس الجهني (ر) قال رسول الله (ص) : منقرأ: قل هو الله أحد عشر مرات بنى الله له قصرا في الجنة. - رواه أحمد والطبراني في الأوسط وصححه الألباني في صحيح الجامع

Daripada muaz bin anas aljuhani ra beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: barangsiapa membaca "qul huwa allahu ahad - surah alikhlas" sepuluh kali, Allah akan membina untuknya sebuah istana di syurga. 

Hadis riwayat ahmad dan attabrani dalam al-awsat. Dan dikategorikan sahih oleh al-albani dalam sahih aljami'. 

Wednesday, November 11, 2015

Memuliakan Tetamu

Image result for olympic 2020 tokyo

Tokyo telah berjaya dipilih sebagai tuan rumah sukan Olimpik tahun 2020. Tokyo mengenepikan saingan terdekat mereka iaitu Istanbul dalam undian IOC tahun 2013. Bidaan telah dibuat pada tahun 2011. Ini menunjukkan persediaan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan paling berprestij ini telah bermula bertahun-tahun sebelum ini.

Salah satu persediaan yang dibuat oleh Tokyo adalah menghantar delegasi mereka ke Kuala Lumpur. Mereka bertemu Datuk Bandar Kuala Lumpur pada ketika itu Tan Sri Ahmad Phesal Talib. Tujuan mereka adalah untuk mengetahui apakah keperluan khusus bagi atlet-atlet beragama Islam!

Antara keperluan yang dinyatakan oleh Datuk Bandar adalah kepeluan tempat solat, kemudahan air di dalam tandas dan juga makanan halal.

Dalam lawatan beliau ke tokyo baru-baru ini, Tan Sri Ahmad Phesal mendapati kemudahan-kemudahan tersebut memang telah disediakan.

Memuliakan tetamu adalah nilai universal yang dipandang tinggi oleh semua manusia.

Namun hanya Islam sahaja yang mengaitkan nilai ini dengan akhirat. Ini menjadikannya lebih bernilai bagi seseorang muslim.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه

Bermaksud: (Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya)





Tuesday, November 10, 2015

Duta Islam



Kuliah subuh di surau almizan presint 8 kali ini amat istimewa. 

Tan Sri Ahmad Phesol Talib, mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur yang memberi kuliah. 

Beliau memang ahli qaryah kami. Sebelum-sebelum ini, semasa menjawat jawatan KSU kementerian wilayah, beliau kerap memberi tazkirah. Khatib jumaat pun selalu. Bila jadi Datuk Bandar beliau pindah ke KL. 

Sekarang beliau sudah bersara dan kembali ke pangkuan kami. 

Untung kami jemaah surau. 

Kuliah beliau memang amat menarik. Bersemangat. Bercakap melalui pengalaman. Beliau mengupas agama islam dari sudut praktikal. 

Beliau sering sebut, kita orang islam mesti jadi duta pada agama kita, supaya keindahan dan kesyumulan agama ini boleh tampak jelas kepada manusia sejagat. 

Terima kasih TS. Kami tak sabar untuk mendengar lagi daripada TS. 

Monday, November 09, 2015

Silaturrahmi








Semalam kami ke Kampar. Hantar uma ke rumah abg badli. 

Kami ambil peluang untuk ziarah pakcik jamil dan makcik om, teman sebilik semasa haji. Mereka di Malim Nawar. 

Kami berpeluang melawat tinggalan kubu jepun di kampung tersebut. 

Aisyah, anak keempat kami amat teruja. Rupa-rupanya dia suka sejarah. 

Lepas ni boleh bawa anak-anak ke muzium lebih kerap insyaallah. 

Sunday, November 08, 2015

Ikut-ikutan


Dalam surah al-a'raf ayat 138&139, Allah swt menceritakan perihal bani israel sebaik sahaja mereka diselamatkan daripad firaun. 

Sebaik sahaja tiba di sinai mereka bertemu dengan satu kaum yang menyembah berhala dan menganggap berhala-berhala itulah tuhan yang menolong, melindungi dan memberi rezeki kepada mereka. 

Lantas sebahagian daripada bani israel pergi mengadap Nabi Musa as dan meminta baginda juga membuatkan bagi mereka tuhan berhala sepertimana yang disembah oleh kaum tersebut. 
Nabi Musa menegur mereka dan menyifatkan mereka sebagai kaum yang jahil. 

Maka kita jangan jadi seperti bani israel. Semua yang orang lain kata baik, semuanya kita ikut. Kenalah tapis dulu dengan tapisan agama. Tapis dengan alquran dan sunnah. 

Saturday, November 07, 2015

Sunat vs wajib


Dengar dato' abu hasan din alhafiz di tv. 
Soalan: apa perkara yang sunatnya lebih baik daripada yang wajibnya?
Jawapan: salam

Friday, November 06, 2015

Bahasa Melayu



Pada hari selasa 3 november, saya menghadiri forum sempena bulan bahasa  peringkat KPM. 
Saya amat tertarik dengan pandangan YBhg Prof Dato' Teo Kok Seong, ahli panel pertama. Beliau pakar dalam linguistik Bahasa Melayu. 
Prof Dato' menyebut tentang jati diri bahasa Melayu. Beliau mahu supaya Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai simbol fungsional. 
Beliau juga menegur mengenai lunturnya jati diri bahasa Melayu dengan memberikan contoh beberapa jenama kereta nasional. Jika dahulu ada Waja, Perdana, Kancil, sekarang ini jenama-jenama daripada khazanah bahasa Melayu tidak ada lagi. Alasannya mungkin jenama sedemikian tidak ada tempat di pasaran antarabangsa. Maka keluarlah Alza, Savvy, Axia dsb. 

Thursday, November 05, 2015

1 entri blog setiap hari?



Saya berazam untuk latih diri menulis setiap hari. Azam ini adalah untuk ubat penyakit saya yang malas menulis. Lebih tepat lagi: suka tangguh-tangguh menulis. Kalau saya tidak dapat ubati penyakit ini, pastinya saya sukar menyiapkan MA atau PhD. Ini bercakap melalui pengalaman. 
Maka azam saya: tulis 1 entri dalam blog ini setiap hari. Tentang apa? Tentang apa sahaja. Saya perlu dapatkan tabiat "habit" tersebut. 
Doakan saya.