Wednesday, January 21, 2009

Ubudiyyah


3 ciri ubudiyyah (Sifat perhambaan) kepada Allah s.w.t:

  1. Memelihara perintah syarak;
  2. Redha dengan ketentuan Qada dan Qadar serta ketentuan rezeki oleh Allah s.w.t;
  3. Mengutamakan keredhaan Allah daripada kehendak diri.

Imam Al-Ghazali "Ayyuhal Walad"

Tuesday, January 20, 2009

Ziarah Susulan


Tempoh hari diceritakan mengenai kawan yang kena stroke dalam usia muda.

Hari ini pergi melawat lagi. Tapi di rumah keluarganya. Dah keluar hospital. Alhamdulillah.

Dah kenal orang. Nampak gembira bila kita sampai. Dah boleh duduk dengan dibantu. Tapi belum boleh bercakap. Badan belah kanan masih belum berfungsi.

Sedikit sedih bila kita lihat dia nak sangat cakap. Terutama masa nak balik. Keluar suara, tapi tak berbutir, kata orang pantai timur. Semua kamipun teka menekalah. Akhirnya bila seorang yang pergi melawat sekali sebut "doa", kawan tadipun kata "aaa...."

Mintaklah air dari mak kawan. Baca doa macam Ustaz Zahazan di IKIM ajar, yang ada sahabat baca, Nabi S.A.W. kata doanya tidak akan ditolak.

Insya-Allah. Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh.

Nanti kami pergi ziarah lagi insya-Allah. 

Monday, January 19, 2009

Saudi


Ada orang kata;

"Arab Saudi tak tolong umat Islam di Gaza, sebab takut nanti Israel bom Kaabah"

Yeee  keee????

Sunday, January 18, 2009

Kaum Pendusta


Abdullah bin Salam adalah agamawan Yahudi yang menganut agama Islam semasa peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W.

Beliau sendiri mendedahkan sikap dan sifat kaumnya, Yahudi.

"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Yahudi adalah kaum pendusta. Sekiranya mereka tahu yang aku telah menganut Islam, mereka akan menuduhku yang bukan-bukan. Sembunyikan aku, dan tanyakan kepada mereka mengenai aku".

Rasulullah S.A.W. pun menjemput sekumpulan orang Yahudi dan mengajak mereka kepada Islam, agar mereka mengaku kerasulan Baginda S.A.W. seperti mana yang termaktub dalam kitab mereka. 

Namun kumpulan Yahudi itu berkata, "Demi Allah, kami tidakpun mengetahui tentang kenabianmu wahai Muhammad". 

Mereka berdusta. Dalam Al-Quran menyebutkan dalam surah Al-Baqarah ayat 146 bermaksud: 

"Orang-orang yang Kami berikan kepada mereka kitab, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad S.A.W.) sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka. Dan sesungguhnya sebahagian mereka menyembunyikan kebenaran sedangkan mereka mengetahui".

Seterusnya Nabi S.A.W. bertanya kepada mereka tentang Abdullah bin Salam.

Jawab mereka, "Beliau adalah pembesar kami, anak kepada pembesar kami. Beliau adalah ulama kami, anak kepada ulama kami".

"Apa pandangan kamu semua jika Abdullah bin Salam sendiri  masuk Islam?"

"Demi Allah, sekali-kali dia tidak akan berbuat demikian!"

Rasulullah S.A.W. lantas meminta Abdullah bin Salam keluar dari tempat persembunyiannya dan memberitahu perkara sebenar mengenai tindakannya memeluk Islam.

"Aku menyaksikan bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasullullah".

Pada ketika itu, terus kumpulan Yahudi itu menjerit, "Dialah orang yang paling jahat dikalangan kami, anak orang yang paling jahat. Dia orang yang paling jahil dikalangan kami, anak orang yang paling jahil!"

Kata Abdullah bin Salam, "Aku telah katakan wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta".

(Riwayat Ahmad dan al-Bukhari)

Saturday, January 17, 2009

Iman


Tazkirah maghrib di surau.

Suatu ketika Nabi Musa a.s. mengalami sakit perut. Baginda lantas memohon kepada Allah agar menghilangkan sakit perut Baginda.

Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. untuk mengambil beberapa helai daun dari sebatang pokok. Selepas Baginda memamah daun tersebut, dengan izin Allah s.w.t., sakit perut bagindapun hilang.

Baginda mengucap syukur kepada Allah.

Selang beberapa hari, sakit perut Baginda datang lagi. Baginda terus mencapai daun yang sama, lalu dengan segera memamahnya.

Tapi kali ini perutnya bertambah sakit.

Baginda memohon doa kepada Allah. 

Wahyu Allah kepada Baginda, "Bukan daun itu yang menyembuhkanmu, tetapi Akulah yang menyembuhkan" 

Berpendirian


Pantun dulu-dulu :

Dengar cakap enggang, makan buah belolok;
Dengar cakap orang, terjun masuk lubuk

Friday, January 16, 2009

Naik Pangkat

Gambar hiasan

Hari ini berlaku kejutan di pejabat.
Kawan-kawan ramai dapat surat naik pangkat.
Ramai antara mereka langsung tak sangka.

Alhamdulillah & tahniah

Wednesday, January 14, 2009

Kad Kredit



Pernah terjadi pada anda? Pada saya tak.

Kawan sepejabat, abang rafar. Pergi bank. Niat nak potong satu kad kredit.

Pegawai bank tengok akaun, "Boleh encik, tapi kena bayar baki kad RM4500".

Balik abang rafar. Rasanya tak sebanyak itu. Dalam lingkungan RM1000 sahaja. 

Esoknya datang semula ke bank. "Dik, boleh semak semula? Rasanya tak sampai RM4000". 

"Eh, betullah encik. Bukan encik hutang kami RM4500. Kami yang hutang encik RM4500".

Abang rafar dah terlebih bayar rupanya.

Tadi dia bawak pergi makan beriani di presint 9. Tanda syukur atas rezeki.

Alhamdulillah, dapat menumpang rezeki kekawan..

Tuesday, January 13, 2009

Riadhah



Petang ini main ping-pong dengan saudara Bashrim.
Alhamdulillah, aktiviti yang sekian lama terhenti bersambung semula.
Keluar peluh. Sihat badan insya-Allah. Macam nenek ini.
Semoga ada kawan-kawan lain yang join nanti.

Saturday, January 10, 2009

Akhlak Rasulullah S.A.W


Dengar tazkirah subuh di surau pagi ini.

Semasa pembukaan kota Mekah, Abu Bakar As-Siddiq membawa ayahnya yang sudah tua dan buta mengadap Nabi Muhammad S.A.W. Tujuannya agar bapanya memeluk Islam.

Nabi bersabda, "Wahai Abu Bakar, kenapa tidak dibiarkan sahaja ayahmu di rumahnya, dan aku yang pergi kepadanya?". Betapa Baginda S.A.W. menghormati orang tua.

Nabi S.A.W. meletakkan tangannya yang mulia pada dada Abu Quhafah dan menyeru beliau kepada Islam. Abu Quhafahpun menerima seruan Rasulullah S.A.W. dan melafazkan asy-syahadatain.

Allahu Akbar.

Monday, January 05, 2009

Hantar Anak

Ahad. Hantar anak ke asrama.

Prosedur pendaftaran: 1) serah borang, 2) bayar yuran asrama 3) semak dorm dan ambil slip pengesahan.

Langkah 1 & 2 selesai. Terus ke kaunter semakan dorm. Kena tunjuk resit bayaran yuran asrama. Baru diberi slip pengesahan dorm.

Tertanya-tanya: adakah kalau ibu bapa yang tak dapat bayar yuran pada masa itu, anaknya tidak akan dibenarkan masuk asrama?

Kalau ya, kesianlah ibu bapa.

Kalau tidak, kenapa perlu langkah itu. Bukankah lebih mudah senarai dorm tersebut dilekatkan saja di dinding?

Kalau sekadar hendak menyemak siapa yang mendaftar dan siapa yang belum, mungkinkah ada cara lain yang lebih mudah...?

يسروا ولا تعسروا




Saturday, January 03, 2009

Stroke di Awal Usia


(Gambar hiasan)

Kawan sepejabat, kena stroke baru-baru ini.
Bukan sebab jantung, tapi plasma dalam darah tak cukup.
Ingatkan stroke ini sebab jantung sahaja, rupanya ada lagi penyebab lain.
Kawan ini, baru 38 tahun.
Masa pergi melawat hari itu, masih belum boleh cakap. Sebalah kanan tidak berfungsi. Hanya tangan kiri yang boleh digerakkan.
Memandang kami dengan pandangan kosong. Kata bapanya, saluran darah tersekat di otak, itu sebab beliau sukar untuk kenal siapa yang datang.
Simpati.
Doa semoga beliau cepat sembuh, amin.

Thursday, December 25, 2008

Mengasihi Sesama Manusia

Dengar tazkirah di surau tadi.
Seorang lelaki bermusafir ke ke suatu kampung. Melawat rakannya.
Allah utus malaikat. Bertanya "apa tujuanmu?"
"Melawat sahabat"
"Adakah sahabatmu berhutang kepadamu sehingga kamu hendak melawatnya?"
"Tidak. Aku menziarahinya semata-mata kerana Allah"
"Bersaksilah bahawa Allah mengutuskanku untuk memberitahu bahawa Dia mengasihimu seperti mana engkau mengasihi saudaramu itu"
  

Wednesday, December 24, 2008

Sambung Nyawa

Balik Fraser terus sujud syukur.
Apa tidaknya, rasa macam Allah sambung nyawa kami sahaja.
Menghampiri Kuala Kubu Baru, turun dari Fraser. Jalan masih agak bengkang bengkok.
Dari arah KKB, satu deretan 4x4. Tiba tiba sebuah Harrier cuba  memotong kumpulan 4x4 dari belakang. Bukan jalan lurus pun. Dia macam tak nampak kami. Jarak 3 kereta sahaja di depan.

Allahu akbar! Sempat brek & belok kiri. Harrier pun perasan jugak. Masuk celah 4x4. Aisyah sedang baring di kerusi tengah terjunam masuk tempat kaki. Melolong sakit campur terkejut. Asma' di kerusi belakang terhantuk dagu pada kerusi tengah. Iqbal nasib baik pakai tali pinggang di depan. Baby Maryam, An pegang. Terkejut. Menangis.

Alhamdulillah semua selamat. Syukur atas perlindungan Allah pada kami semua.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...


Fikir-fikirkan



Sunday, December 21, 2008

Jalan-jalan Ke Bukit Fraser

20 Disember. Pergi Bukit Fraser. Sampai sana, terus pusing-pusing. Nampak papan tanda ke Rumah Peranginan Persekutuan. Tuju ke sana. Jumpa pegawai RPP. Dah penuh ditempah rupanya. Tapi kalau ada yang tak jadi masuk, dia akan telefon.
Jalan-jalan lagi. 3.30 en Zaini telefon. Ada satu bilik la... Alhamdulillah.
Baju salin sehelaipun tak bawak! heh heh.

Sunday, October 12, 2008

Lawatan Ke Kapit



Melawat ke sekolah-sekolah di Pedalaman Kapit

Saturday, July 19, 2008

Rukun Hidup

1. Musyawarah
Bermesyuarat sebelum membuat keputusan.
Bertanya kepada yang pakar.

Maksud Quran - "Dan hendaklah kamu bermesyuarat dengan mereka dalam perkara itu"
Maksud Quran - "Dan bertanyalah kepada ahli pakar sekiranya kamu semua tidak mengetahui"

"Counselling"

2. Tidak menjaga tepi kain orang
Tidak mengganggu kerja orang lain.
Siapkan kerja sendiri.
Jangan menyibuk.

Maksud hadis - "Antara tanda kesempurnaan islam seseorang, adalah dia meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya"

"No Crosslining"

3. Cakap yang baik sahaja
Kalau tidak ada perkara yang baik ingin dikatakan, diam sahaja.
Elakkan fitnah, mengumpat, jadi "nasi tambah" bila kawan bercerita keburukan orang lain.

Maksud hadis - "hendaklah kamu berkata baik, ataupun (jika tiada) diam sahaja"

"Edification"

Friday, July 04, 2008

Ular Menyusur Akar

"Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya"
Pepatah Melayu lama ini memang benar, tepat dan sesuai.
Kalau kita jadi ketua baru, di sebuah tempat baru, jangan tinggi hidung, kononnya semua dah tahu. Biar tunduk dulu. Dapatkan maklumat. Tahu budaya tempat baru.

Saturday, November 03, 2007

Setiap orang berbeza caranya...

Setiap orang berbeza caranya…


قال ابن أبي البر في التمهيد:
كتب العمري العابد إلى مالك رحمه الله يحضه على الانفراد والعمل ويرغبه عن الاجتماع إليه في العلم،
فكتب إليه مالك :
إن الله قسم الأعمال كما قسم الأرزاق، فرب رجل فتح له في الصلاة ولم يفتح له في الصوم، وآخر فتح له في الصدقة ولم يفتح له في الصيام، وآخر فتح له في الجهاد ولم يفتح له في الصلاة.
ونشر العلم وتعليمه من أشرف أعمال البر. وقد رضيت بما فتح الله عز وجل فيه من ذلك، ومل أظن ما أنا فيه بدون ما أنت فيه، ونرجو أن نكون كلانا على خير وبر، ويجب على كل منا أن يرضى بما قسم له والسلام.

ابن قدامة المقدسي – مختصر منهاج القاصدين ص 46