Wednesday, January 28, 2009

Nikmat Dalam Derita


Kisah Saidina Hamzah R.A Asadullah (Singa Allah) memeluk Islam bertitik tolak daripada derita.
Derita umat Islam amnya, dan Nabi Muhammad S.A.W. khasnya.
Suatu hari, sedang Hamzah baru tiba dari sesi perburuannya, seorang hamba perempuan mendekatinya,
"Wahai Hamzah, tahukah kamu apa yang telah Abu Jahal lakukan terhadap anak saudaramu Muhammad?"
"Apa yang telah berlaku?"
"Abu Jahal mencela dan menyakiti Muhammad. Sekarang ini. Di Baitullah."
Hamzah menjadi marah. Anak saudaranya disakiti. Dia terus mencari Abu Jahal.
Di tepi kaabah, Abu Jahal masih lagi mencela, mencaci dan menyakiti Rasulullah S.A.W. Sesampainya Hamzah di sana, dia terus menolak Abu Jahal jauh daripada Rasulullah S.A.W. Dengan busur panah di tangannya, dilibasnya kepala Abu Jahal. Luka. Membuak-buak darah keluar. Abu Jahal jatuh.
"Berani engkau menyakiti Muhammad? Sedangkan aku berada di atas agamanya??!!"
Hamzah belumpun Islam pada ketika itu!!
Selepas itu barulah Hamzah pergi menemui Nabi Muhammad S.A.W. dan mengucap asy-syahadatain.