Monday, September 21, 2009

raya 1430h


bendang

rumah tok ndak parit 3

ziarah kubur tok saadiah bonda abah di parit 3

maryam salam raya dengan tok

aktiviti tetap balik kampung; pusing kampung naik motor

Sunday, September 20, 2009

Raya 1430h 2009

2 orang pakai baju raya
rumah abang saiful

Kali ini beraya di Pt Hj Amin.

Saturday, June 20, 2009

Ikan Bakar Jalan Bellamy




Selepas perasmian CCEM, kawan-kawan bawa pergi makan tengahari di Jalan Bellamy, dekat Istana Negara. Ikan bakar. Terkenal.

Kami sekeluarga saja yang belum pernah pergi.

Monday, June 15, 2009

Ahmad Lutfi Abu Bakar


Jumpa kawan lama hari ini. Ahmad Lutfi Abu Bakar. Di Jordan, kami duduk sekali.
Masih hensem macam dulu. Gajetpun macam dulu, sentiasa banyak dan melepasi masa.
Sekarang bertugas sebagai Penolong Pengarah di JPN Perak. Jaga J-Qaf.
Seronok jumpa kawan lama ni. Banyak cerita yang nak dikongsi.
Kami pergi makan di Medan Selera UNITEN. Ada kedai nasi arab. Sama rasa dengan Restoran Saba' Cyberjaya. Harga lagi murah pulak tu.
Saya bungkus 2 kabsah ayam. Sampai rumah, ayam bertukar jadi kambing. Taukeh kedai silap bungkus.

Sunday, June 14, 2009

Kenduri Izhar

Kenduri Izhar Masduki di Kg Cheras Baru Jalan Kuari.
Jumpa Fauzi Mat Isa di sana.
14 Jun 2009

Friday, June 05, 2009

Kenyir 2


PERCUTIAN KELUARGA KE KENYIR


Bermalam di rumah Bos di Kuantan. Balikpun singgah di sini. Syukran Bos!

Sarapan di Restoran Zaman Kuantan



Masjid Sultan Mahmud Bandar Almuktafi Billah Shah, tempat persinggahan. Jumpa dengan keluarga Mus sebelum meneruskan perjalanan ke Kenyir

Cantik. Jalan masuk ke Pangkalan Gawi

Menunggu bot

Menaiki bot ke RPP di Pulau Sah Besar. Perjalanan 10 minit


Dah sampaipun...alhamdulillah

Maryam panjat sorang-sorang je.. rumah kat atas..

Cantik, damai, tenang...

Rumah kami, Kandis, banglo 3 bilik.




Dalam rumah

Sedap makan, sebab chef periuktanah tetap menjalankan aktivitinya

Air terjun Pulau Saok. 5 minit naik bot

Taman Herba, Pulau Sah Kecil. Minuman tongkat ali dan kacip fatimah disediakan. Asli dan percuma!

Bersama En. Alias, pengurus RPP Kenyir. Layanan 5 bintang, terima kasih tuan!


Taman Tamadun Islam, Masjid Kristal, Kuala Terengganu


Membeli belah di Pasar Payang

Wednesday, June 03, 2009

Bercuti di Kenyir



3-5 jun kami bercuti di Kenyir insya-Allah. Petang 2 Jun bertolak ke Kuantan. Terima kasih Bos sebab pinjamkan istana hinggap dia di Kuantan.
Dugaan. Tempah dah lama. Tiba-tiba isnin pagi dapat maklumat ada pembentangan bajet hari khamis 4 jun. Keputusan yang diambil: tetap cuti!
Alhamdulillah KPP faham. TP-TP, terima kasih kerana cuba memahami...
  1. tempahan Rumah Peranginan Persekutuan telah lama dibuat.
  2. tiada ruang untuk ubah tarikh tempahan kerana sentiasa penuh.
  3. kami sekeluarga memang kurang bercuti-cuti Malaysia.
  4. sekarang cuti sekolah. janganlah buat mesyuarat penting masa ini. insya-Allah aku nak emel aduan pada KSN.
  5. raihan suri rumah. kalau orang kerja, selalu outstation. batal cuti tidak menjadi hal padanya. sebab memang selalu keluarpun.
Terima kasih kepada KPP kerana akan menghadiri mesyuarat bajet berkenaan.Beliau sememangnya berpengalaman dalam perkara ini. Hormat dan kagum saya pada dia semakin bertambah. (Berani tulis macam ini kerana saya yakin 100% dia tak baca blog ini...)

Thursday, March 19, 2009

Bercuti Bersama Keluarga





Kami pergi Rumah Peranginan Persekutuan Morib pula kali ini. Sebelum ini ke RPP Bukit Fraser.

Memang best!!

Banglo 3 bilik. RM60 satu malam. 

Sayangnya ambil satu malam saja. 

Balik tu, kami terus buka internet. Tempah untuk bulan ogos pula. Bulan puasa. 3 hari 2 malam.

Bulan Jun, kami tempah ke RPP Kenyir.

Insya-Allah, dengan izin-Nya, kami akan ke sana dengan lancar bila sampai waktu tersebut. Doa agar tidak ada perkara lain mendatang ketika itu (mesyuarat dll) amin...

Tuesday, February 17, 2009

Konsert Amal

Ustaz mengajar di surau. Beri perumpamaan tentang buat konsert nyanyi-nyayi, nari-nari, dansa-dansi, campur lelaki perempuan, dengan tujuan duit yang dikumpulkan untuk amal.


Dia kata; matlamat adalah ibadah, jalan capai matlamat pun ibadah juga. Untuk dapat hasil yang betul, mesti guna cara yang betul.


Macam seorang yang pergi curi pisang di kebun untuk disedekah ke masjid...

Pisang

Tuesday, February 03, 2009

Pi Mengai




Hari cuti WP. Kawan-kawan dari BSSK ajak memancing di Kelong Bagan Lalang.
Ini adalah pengalaman pertama memancing di kelong. Malah set memancingpun tak ada. Harapkan ehsan rakan-rakan.
Minat memancing? Ya. Pandai memancing? Tidakkkk. Emak pesan dari kecil lagi, "Kalaulah dapat ikan, tengok mata ikan tu...buta atau tidak?" Begitulah kiasannya "kejahilan" diri dalam ilmu memancing ni..
Naik bot dari jeti Bagan Lalang. Kelong Nazri hanya 15 minit perjalanan menaiki bot. Kelongnya sederhana besar. Tradisonal. Bersih. 4 bilik (termasuk surau). Dapur. Tandas. Serambi memancing yang luas. Air bersih tersedia. Generator. 
Cantik. Damai. Subhanallah.
Yang mahir dapat ikan besar juga. "Novis" - macam saya, dapat ikan kecil. Alhamdulillah.
Insya-Allah nak pergi lagi. Kalau ada peluang, pergi 2-3 keluarga. Sewa satu kelong. Merapatkan silaturrahim dengan cara "pi mengai".  
Terima kasih kepada kawan-kawan yang mengajak, terutamanya Tn Shamsudin & Us. Sahrul.

Wednesday, January 28, 2009

Nikmat Dalam Derita


Kisah Saidina Hamzah R.A Asadullah (Singa Allah) memeluk Islam bertitik tolak daripada derita.
Derita umat Islam amnya, dan Nabi Muhammad S.A.W. khasnya.
Suatu hari, sedang Hamzah baru tiba dari sesi perburuannya, seorang hamba perempuan mendekatinya,
"Wahai Hamzah, tahukah kamu apa yang telah Abu Jahal lakukan terhadap anak saudaramu Muhammad?"
"Apa yang telah berlaku?"
"Abu Jahal mencela dan menyakiti Muhammad. Sekarang ini. Di Baitullah."
Hamzah menjadi marah. Anak saudaranya disakiti. Dia terus mencari Abu Jahal.
Di tepi kaabah, Abu Jahal masih lagi mencela, mencaci dan menyakiti Rasulullah S.A.W. Sesampainya Hamzah di sana, dia terus menolak Abu Jahal jauh daripada Rasulullah S.A.W. Dengan busur panah di tangannya, dilibasnya kepala Abu Jahal. Luka. Membuak-buak darah keluar. Abu Jahal jatuh.
"Berani engkau menyakiti Muhammad? Sedangkan aku berada di atas agamanya??!!"
Hamzah belumpun Islam pada ketika itu!!
Selepas itu barulah Hamzah pergi menemui Nabi Muhammad S.A.W. dan mengucap asy-syahadatain.

Friday, January 23, 2009

Pencegah Maksiat


Tazkirah Y.Bhg. Ustaz Zahazan di Radio IKIM pagi ini.

Doa mohon dilindungi daripada maksiat:

اللهم إني أعوذ بك من شر سمعي ومن شر بصري ومن شر لساني ومن شر قلبي ومن شر منيتي

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan pendengaranku, penglihatanku, lidahku, hatiku dan air maniku (kehormatanku).

Semoga kita semua dapat beramal dengan doa ini insya-Allah,

Thursday, January 22, 2009

Sempurna?


Pagi tadi kena pergi mesyuarat mewakili jabatan.

Bincang dan bincang dan bincang dan bincang.

Selalu tak bersuara. Tapi kali ni terpanggil.

"Kita hanya boleh berusaha ke arah kesempurnaan.
Walaupun kesempurnaan itu sendiri mustahil kita capai.
Kerana yang sempurna itu hanya Allah".

Seakan ada orang dalam mesyuarat pandang semacam.

"Memangla.... semua orang tahu... tak perlu disebutpun...", kata seseorang.

Agaknya mereka ingat saya anti penambahbaikan kot... atau saja cari alasan...

Salahkah kita kalau ingatkan diri sendiri dan orang lain tentang hakikat manusia yang sememangnya begitu?

Wallahu a'alam...


Doa Untuk Gaza

Wednesday, January 21, 2009

Ubudiyyah


3 ciri ubudiyyah (Sifat perhambaan) kepada Allah s.w.t:

  1. Memelihara perintah syarak;
  2. Redha dengan ketentuan Qada dan Qadar serta ketentuan rezeki oleh Allah s.w.t;
  3. Mengutamakan keredhaan Allah daripada kehendak diri.

Imam Al-Ghazali "Ayyuhal Walad"