Dugaan. Tempah dah lama. Tiba-tiba isnin pagi dapat maklumat ada pembentangan bajet hari khamis 4 jun. Keputusan yang diambil: tetap cuti!
Alhamdulillah KPP faham. TP-TP, terima kasih kerana cuba memahami...
- tempahan Rumah Peranginan Persekutuan telah lama dibuat.
- tiada ruang untuk ubah tarikh tempahan kerana sentiasa penuh.
- kami sekeluarga memang kurang bercuti-cuti Malaysia.
- sekarang cuti sekolah. janganlah buat mesyuarat penting masa ini. insya-Allah aku nak emel aduan pada KSN.
- raihan suri rumah. kalau orang kerja, selalu outstation. batal cuti tidak menjadi hal padanya. sebab memang selalu keluarpun.
Terima kasih kepada KPP kerana akan menghadiri mesyuarat bajet berkenaan.Beliau sememangnya berpengalaman dalam perkara ini. Hormat dan kagum saya pada dia semakin bertambah. (Berani tulis macam ini kerana saya yakin 100% dia tak baca blog ini...)