Thursday, December 24, 2015

Alhamdulillah...Rezeki lagi


Sedang saya menunggu anak-anak bermain, lalu kereta Hj Rosli. Sekeluarga dalam Sharan. 

Saling mengangkat tangan menyapa. 

Tak berapa lama, anak-anak hj rosli datang. Ajak aisyah dan maryam tengok kucing di rumah mereka. 

"Abi, ikannn, berattt", jerit Aisyah. Saya menoleh ke belakang. Mereka berjalan kembali ke taman permainan. Di tangan ada "cool box". 

Saya buka. Ada ikan. Dah disiang. Alhamdulillah. 

Syukran hj rosli dan keluarga. Mereka memang suka memberi. Oleh itu Allah selalu juga beri kelebihan rezekinpada mereka. 

Bersama anak-anak






Saya mengaku. Kurang bersama anak-anak berbanding isteri saya Raihan. Raihan menjadi tempat anak-anak berkongsi cerita. Termasuk iqbal si anak sulung. 

Alhamdulillah mereka ada tempat untuk berkongsi rasa dalam keluarga. Kalau tak ada, maka mereka akan mencari orang luar. Ini mengundang masalah. 

Saya bersyukur Allah kurniakan saya isteri dan anak-anak yang beriman dan baik. 

Tinggal saya sahaja. Perlu perbaiki diri. Rabbi yassir. Rabbi waffiq. 

P.S. Petang ini teman Aisyah dan Maryam ke taman permainan sebelah rumah. 

Fiqh solat jemaah





Berlaku peristiwa. Saya solat zohor belakang imam. Seorang lagi makmum ada sebelah saya. Kami bertiga. 

Pada rakaat keempat, imam bangun. Makmum sebelah saya sedar. Lalu dia sebut 'subhanallah'. Saya juga sedar dan sebut lafaz yang sama. Untuk bagi isyarat kepada imam akan kesilapannya. 

Namun imam terus bangun. 

Saya dan makmum sebelah terus kekal dalam tahiyat akhir. 

Imam baca fatihah dan rujuk dan sujud dan tahiyyat dan sujud sahwi. 

Saya dan maknum sebelah kekal dalam tahiyat akhir. 

Bila imam salam, kami dalam bersamanya. 

Saya tak pasti (malah lebih tepat lagi; tak tahu), apakah betul cara itu. Malah selepas itu saya solat semula sendiri. 

Petang itu, saya berpeluang bertanya kepada us salahuddin, pakar rujuk kami di BPI. 

Beliau maklumkan apa yang kami berdua buat itu betul. Iaitu tunggu imam sehingga selesai sujud sahwi dan salam bersamanya. Tak payah ikut sujud sahwipun. 

Cara kedua adalah lepas sebut subhannallah dan imam tak ikut, makmum terus mufaraqah. 

Dengab kata lain, makmum mesti ikut imam. Tapi bila imam silap, dah kita makmum yakin imam silap, kenalah tegur. Kalau imam terus buat salah, makmum tak boleh ikut imam buat salah. Maka tindakannya sama ada tunggu imam betulkan balik perbuatannya ataupun mufaraqah. 

Dalam halansaya tadi, solat saya betul. Dan tak perlu ulang solat.   Tapi katakanlah saya tegur, tapi imam teruskan juga, lalu saya bangun ikut beliau, maka solat saya batal sebab saya dah tambah rukun solat. 

Terima kasih us salahuddin. 

Saturday, December 19, 2015

Ketagih...Ubati segera!!


Tidak lama dahulu, saya lihat ada seorang jemaah surau saya yang asyik tengok 'whatsapp'nya (lepas ini saya tulis wasap). 

Saya kata pada diri sendiri, 'dia ni dah ketagih ni. Lepas salam terus tengok wasap. Sampai jalan keluar suraupun tengok wasap. Bukan tengok jalan. Masyaallah!!'

Sekarang ini saya sedar sayapun dah jadi macam itu. Kalau tak wasap, maka fb. Sentiasa nak tengok. 

Astaghfirullah..

MUST PUT A STOP TO THIS ADDICTION!!!

Ya Allah, bantu hamba-Mu ini. 

Jap. Nak fikir macamana nak susun jadual bila boleh tengok. Bukan setiap masa. 

Bersambung---

Ummi maksudnya tidak boleh membaca?



Adakah mengatakan Nabi Muhammad saw seorang yg ummiy dengan maksud tidak boleh membaca dan menulis menjatuhkan martabat baginda saw?

Whatsapp yang berlegar mengatakan seorang ustaz yang amat cintakan nabi saw bermimpi berjumpa seorang tua yang mengajarnya bahawa sifat ummiy pada nabi saw bermaksud induk sumber ilmu. Memberi maksud ummiy tidak boleh membaca dan menulis itu kurang tepat dan menjatuhkan martabat kenabian baginda saw. 

Semua pendapat perlu dihormati selagi mana tidak bercanggah dengan alquran dan sunnah. Malah yang tidak menepati alquran dan sunnah juga harus dibahaskan dan diperbetulkan dengan berhikmah dan berakhlak. 

(Sebelum lupa, mimpi bukan sumber hukum kecuali mimpi nabi dan rasul.)

Selain dua makna ummiy yang disebutkan (induk ilmu dan tidak boleh membaca/menbaca) ada juga pandangan yang memberi maksud ummiy sebagai istilah yang diberikan kepada kaum selain ahli kitab. Ahli kitab maksudnya kaum yang mempunyai kitab. Kaum yang mempunyai kitab maknanya boleh membaca. Ahli kitab lawannya bukan ahli kitab. Bukan ahli kitab itu maksudnya tak diberikan kitab maka tak boleh membaca. Maka mereka ini digelar ummiy. Orang-orang yahudi dan nasrani menganggap masyarakat arab sebagai ummiy kerana tidak diturunkan kitab kepada mereka. 

Dengan kata lain, maksud ummiy itu ada beberapa. 

Mengambil makna ummiy sebagai tidak boleh membaca dan menulis tidak mengurangkan martabat kenabian Nabi Muhammad saw. 

Sebaliknya keadaan ini menguatkan lagi kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda saw. Ianya adalah mukjizat. 

Jika Nabi saw boleh membaca dan menulis, akan adalah ruang untuk musuh-musuh Islam menuduh bahawa ajaran islam ini adalah hasil pembacaan Nabi saw terhadap kitab-kitab terdahulu. Manakala Al-Quran itu merupakan hasil karangan Nabi saw. 


Sebaliknya, jika Nabi saw tidak mampu membaca dan menulis, maka daripada mana datangnya ilmu pengetahuan, sejarah umat terdahulu, hukum hakam, berita-ghaibiyyat (dibaca: Al-Quran) yang Nabi saw terangkan kepada kaumnya? 

Tentunyalah tidak lain dan tidak bukan semua itu diwahyukan kepada Baginda saw oleh Allah yang Maha Mengetahui, Pencipta alam maya Yang Maha Agung. 

Tiada keraguan. 

Semasa peristiwa wahyu pertama diturunkan, kita membaca sirah (rujuk : sahih bukhari) yang menyebutkan bahawa apabila Jibril as menyuruh Nabi saw membaca, baginda menyatakan 
ما أنا بقارئ. 
"Saya tidak tahu membaca"

Rujuk:

Semasa perjanjian hudaibiyah, berlaku peristiwa Suhail bin Amru wakil kuffar makkah tidak setuju perkataan 'Muhammad rasulullah' ditulis dalam perjanjian dan mahu ditukarkan kepada 'Muhammad ibni Abdillah'. Apabila Saidina Ali enggan memadamkan perkataan tersebut, Rasulullah saw meminta ditunjukkan kepada Baginda saw perkataan berkenaan lalu Baginda saw sendiri memadamnya. Ini bermaksud Baginda saw tidak mengenali dan membaca perkataan yang tertulis pada lembaran perjanjian itu. 

Rujuk: arraheeq almakhtum

Akhirnya, saya ingin pesan sekali lagi bahawa pandangan dan hujah-hujah ini bukan niat untuk menolak pendapat-pendapat lain, atau mengatakan pendapat yang lain salah. Sebaliknya diperbahaskan sebagai sebahagian daripada proses percambahan ilmu. 

Semuanya boleh diterima dan berdiri di atas hujah masing-masing. 

Tolong jangan guna tulisan saya ini untuk berkata pada orang lain, "pendapat anda salah, pendapat kami yang betul!"

والله أعلم


Friday, December 18, 2015

Hari ini lebih baik dari semalam





Itu tajuk ceramah saya di ibu pejabat Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM di Putrajaya petang tadi. 

Setelah membincangkan mengenai prinsip dan perkara-perkara yang penting dalam membuat perubahan, saya sambung dengan kisah Salman Al-Farisi. 

Saya kaitkan dengan kesungguhan Salman dalam mencari kebenaran. 

Sunday, December 13, 2015

Bengkel Memanah terlaksana











Alhamdulillah pagi tadi berjaya terlaksana demonstrasi dan bengkel mini memanah tradisional di surau almizan. 

Syazwan, sijurulatih, sampai tepat pada masanya iaitu selepas kuliah subuh. 

Ramai yang menyertainya. Ustaz Harme pun datang dan memanah. 

Penerangan syazwan menarik dan kemas serta menyeluruh. 

Syazwan menekankan aspek keselamatan; keselamatan diri dan juga peralatan. Beliau juga memperkenalkan peserta kepada peralatan memanah tradisional dan perbezaannya dengan memanah moden. 

Pada akhir bengkel semua peserta dapat meras memanah sasaran pada jarak 5 meter. 

Semua teruja dan seronok. 

Insyaallah, langkah seterusnya adalah menubuhkan kelab memanah tradisional di surau almizan dan membeli peralatan. Doakan. 

Alhamdulillah. 

Jam Casio saya


Saya beli jam casio edifice ini tahun 2009. Di banting. Semasa sedang bercuti bersama keluarga di rumah peranginan persekutuan (rpp) morib. Hadiah diri sendiri naik dg44. Alhamdulillah. 

6 tahun pakai. Baru-baru ini ada dua tiga kali jarumnya berhenti. Mungkin bateri. Tertulis pada muka jam; bateri tahan 10 tahun. Saya tak hairan sangat. Mungkin sudah bertahun jam itu hidup sebelum saya membelinya. 

Hari ini 13 nov 2015 saya tukar bateri jam. Jenis yang sama; panasonic. Rm35. Mahal juga. Tapi kalau dibahagikan jangka hayat 10 tahun, maka jatuh murah jugalah. 

Saya harap bateri jam ini betul-betul sampai 10 tahun. Nov 2025 baru habis. 

Saya tulis entry inipun supaya saya ada rekod tarikh tersebut. 

Insyaallah. 

Saturday, December 12, 2015

Bengkel pengenalan memanah


Insyaallah esok surau almizan p8 akan menyaksikan anak panah berterbangan. 

Pernahkah berlaku di pejabat anda?


Kuliah subuh di Surau Al Mizan Putrajaya pagi ini, YBhg Ustaz Harme membahaskan sebuah hadis daripada Sunan Abi Dawud yang diriwayatkan oleh Ubadah bin Somit ra berkaitan solat pada awal waktu. 

Saya jumpa hadis yang lebih kurang sama, pesanan Nabi saw kepada Abu Zarr ra, daripada Sahih Muslim:

أخرج مسلم في صحيحه (648) عن أبي ذر رضي الله عنه قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( كيف أنت إذا كانت عليك أمراء يؤخرون الصلاة عن وقتها ؟ - أو - يميتون الصلاة عن وقتها؟ )
قال: قلت : فما تأمرني؟
قال : ( صل الصلاة لوقتها ، فإن أدركتها معهم ، فصل ، فإنها لك نافلة ) 

Daripada Abi Zarr ra berkata. Rasulullah saw bersabda kepadaku: Bagaimana keadaan kamu (apa yg akan engkau lakukan) jika pada masamu nanti ada pemimpin (dibaca ketua, pengerusi mesyuarat, event manager dll) yang melewatkan solat daripada waktunya? - atau mematikan solat pada waktunya (tidak solat pd awal waktu)? - 
Aku bertanya : apa yang engkau perintahkan aku wahai Rasulullah saw?
Baginda saw bersabda: Solatlah pada awal waktu. Jika selepas itu engkau dapat bersolat jemaah (sekali lagi solat) bersama mereka maka lakukanlah. Solatmu (yg kedua itu) akan dikira sebagai sunat.  
Hadis riwayat Muslim

Wednesday, December 09, 2015

Jaga pelanggan



Tiga minggu lepas isteri saya membeli sebuah periuk nasi gas yang besar. Dia dapat tempahan memasak dalam kuantiti yang agak besar. 

Bila ingin menggunakan periuk tersebut pada keesokan harinya, isteri saya mendapati apinya tidak besar (...rosak). Nak ditukar tak berkesempatan sebab projek memasak sudah bermula. Saya pula belerja di luar kawasan. 

Maka tersimpanlah periuk berkenaan jadi gajah putih sementara di rumah. 

Minggu ini, setelah hampir 3 minggu, barulah kami dapat meluangkan masa untuk pergi ke kedai itu semula. Tujuan: tukarkan periuk yang rosak. 

Di dalam hati saya ada sedikit kegusaran. Tempoh masa belian sudah begitu lama. Adakah masih boleh ditukar. Saya ingatkan isteri saya supaya tidak lupa bawa resit pembelian. 

Rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Resit pun tak ditengoknya. Bila isteri saya ceritakan masalah periuk itu, ekerja kedai tersebut terus menuju ke kereta kami lalu mengeluarkan penunu periuk. Beliau menyambung penunu kepada tong gas di dalam kedai. 

Apabila beliau mendapati penunu periuk itu benar-benar tidak berfungis, dengan segera beliau memanggil seorang lagi pekerja untuk mengambil penunu yang baharu sebagai ganti. 

Cepat. Tak banyak tanya. Tak bagi alasan. 

Inilah contoh perkhidmatan pelanggan yang hebat. Adakah kami akan terus membeli di kedai ini? Pasti. Adakah kami akan mencadangkan kedai ini kepada rakan-rakan. Sudah tentu. 

Monday, December 07, 2015

Memudahkan


Hari ini saya berkenalan dengan seorang orang lama dalam bidang pendidikan, En Awangku Ali Pg. Jumaat. 

Beliau salah seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. 

Beliau berkongsi prinsip hidup beliau: 
"Mudahkan yang susah, dan jangan susahkan benda yang mudah". 

Sangat setuju. Sebab bertepatan dengan sunnah Nabi saw. 

Sunday, December 06, 2015

Ciri lelaki dan wanita idaman



Baru-baru ini saya diberi peluang menjadi ahli panel slot sembang santai sempena perhimpunan bulanan pejabat. Tajuknya: menelusuri gerbang perkahwinan. 

Saya berkongsi ayat 21-28 surah alqasas yang menceritakan kisah Nabi Musa as di Madyan. Dalam kisah tersebut, Nabi Musa as membantu dua orang gadis untuk memberi minum ternakan mereka. 

Dalam ayat-ayat tersebut, kita boleh jumpa ciri-ciri suami idaman seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Musa as dan juga ciri-ciri isteri idaman seperti yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang puteri lelaki soleh daripada kaum nabi Syuib ra itu. 

Ciri suami idaman
1. Prihatin
2. Membantu
3. Kuat
4. Amanah
5. Menepati janji

Ciri isteri idaman
1. Bertanggung jawab
2. Pemalu, menjaga maruah
3. Taat
4. Bijaksana
5. Berani


Wednesday, December 02, 2015

Hikmah memberi






Alhamdulillah. Allah tunjukkan lagi, dengan memberi, saya terima yang lebih baik. 

Baru-baru ini saya hadiahkan buku Benteng Iman tulisan Us Aizam Mas'od kepada TS Ahmad Phesal Talib, mantan Datuk Bandar KL yang merupakan ahli qaryah Surau Al-Mizan. 

Subuh tadi, beliau hadiahkan pula sebuah buku kepada saya. Uplifting Service tulisan Ron Kaufman. Buku best seller. 

Tuesday, December 01, 2015

Jumpa semula npqel 1





Jumpa semula npqel. Reunion. 28 hingga 30 november 2015. Tasik kenyir. 

Rakan-rakan npqel ambilan 1/2015 smg 1 telah berjaya mengadakan program jumpa semula. Geng terengganu yang ambil inisiatif tempah rumah bot di kenyir. 

Tn gulam, walaupun tak dapat bersama ke kenyir telah datang ke kuala terengganu semata-mata mahu bertemu rakan-rakan. Jumaat malam sabtu sempat mengeteh bersama. 

Geng terengganu (abg tamidi, abg zaki, abg kamari, abg ahmad dan abg rashid) siap tempahkan rumah inap untuk kami. Malah makan malam dan sarapanpun disediakan. Memang hebat!!

Saturday, November 28, 2015

Sukan baharu: memanah tradisional



Pada 24-26 November 2015, saya berpeluang mengambil bahagian dalam acara memanah tradisional sempena karnival sukan guru pendidikan islam kebangsaan di ipg kampus tun hussein onn batu pahat. 

Inilah kali pertama menyertai sukan memanah tradisional ini. Teruja. 

Acaranya berbeza berbanding kejohanan memanah biasa. Ada acara memanah pantas (dalam masa 20 saat 6 anak panah dilepaskan - saya dapat 3 sahaja), jarak 20 dan 30 meter, sasaran bergerak dan simulasi uhud (memanah 3 sasaran pelbagai jarak dari atas bukit/tempat tinggi). 

Peralatannya juga berbeza. Pasukan BPI belum ada set tradisional. Namun memandangkan acara ini pertama kali diperkenalkan, penganjur membenarkan peralatan recurve digunakan, dengan syarat hanya 'bare bow'. Dengan kata lain, 'busur togel'. 

Seronok. Ilmu baharu. Pengalaman baharu. Rakan baharu. Alhamdulillah. 

Thursday, November 26, 2015

Memanah sukan sunnah?




Saya cuba semak kesahihan dalil memanah sebagai sukan sunnah yang biasa dibacakan. 

علموا أولادكم الرماية والسباحة وركب الخيل

"Ajarkan anak-anakmu memanah, berenang dan menunggang kuda"

Rupa-rupanya bukan hadis rasulullah SAW. 

Yang hampir mungkin adalah kata-kata Saidina Umar bin Al-Khattab. Itupun perlu  semakan lanjut. 

Namun begitu, ada hadis sahih lain yang menyokong ku'sunnah'an memanah. 

وقد ورد الأمر بتعلم الرمي في حديث صحيح رواه البخاري عن سلمه بن الأكوع رضي الله عنه قال: مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ارموا بني إسماعيل، فإن أباكم كان رامياً

Daripada Salamah bin Al-Akwa' ra berkata: Bahawa Nabi saw melalui sekumpulan daripada Aslam sedang berlatih memanah. Nabi saw bersabda kepada mereka, "Panahlah wahai anak cucu Ismail (as), sesungguhnya moyang kamu adalah seorang pemanah". 

Hadis diriwayatkan oleh AlBukhari

Tuesday, November 24, 2015

Doa junior sekolah

Dari kiri: us lotfi (pengetua smkasas), us saifuddin (jpn perak), saya, us radzi (alumni smkasas-jpn perak)


Hari ini saya ke ipgk tun hussein onn batu pahat. Berkampung tiga hari di sini untuk menyertai karnival sukan GPI. saya masuk acara memanah insyaallah. 

Semasa jamuan malam, saya terserempak dengan junior saya di smkasas. Radzi namanya. Batch 7. Sekarang bertugas di jpn perak. 

Doa beliau, "moga impian untuk melihat alumni pertama menjadi pengetua smkasas dimakbulkan".

Saya hanya mampu mengaminkan doa beliau...

Siapa boleh batalkan?

(Gambar hiasan)

Katakan...

1. Seorang pegawai diberi tugas membina sistem aplikasi tertentu di pejabat. Beliau berjaya menyiapkan sistem berkenaan dan dibentangkan kepada pihak pengurusan. 

2.,Pihak pengurusan meluluskan siatem tersebut dan satu pejabat diarahkan menggunakannya. Pegawai yang sama diarahkan menjadi penyelaras. 

3. Pada awalnya sistem tersebut digunakan. Namun setelah pertengahan  tahun, semakin kurang pegawai-pegawai  yang menggunakannya. Hampir di penghujung tahun, sistem tersebut tidak lagi ada yang guna. 

4. Pegawai penyelaras yang juga pembina sistem kecewa. Bukan mudah untuk beliau bina sistem tersebut. 

5. Beliau terus memberhentikan sistem berkenaan. 

Persoalan:
6. Adakah beliau patut buat demikian?

Jawapan:
7. Tak patut. Beliau ditugaskan bina dan jaga sistem. Sistem diluluskan oleh pengurusan. 

8. Yang boleh batalkan sistem adalah pihak pengurusan. Mereka yang luluskan maka mereka sahaja yang layak membatalkan. 






Monday, November 23, 2015

Dibalas dengan yang lebih baik






Kami sekeluarga yakin dengan janji Allah, bahawa lebih banyak kita memberi, Allah akan balas lebih daripada itu insya-Allah.


Ada ketikanya Allah berikan bukti langsung "cash". Semalam umpamanya.

Kami bekalkan Asma' pizza bersaiz besar untuk dia dan rakan-rakannya di asrama.

Malam itu, jiran kami datang dan berikan kami satu pizza bersaiz extra-besar.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!!!